Thursday, 5 June 2014

perkongsian~~~Assigment Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.    FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
1.0 Pendahuluan
Konsep Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FPK adalah satu pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. FPK ini juga mengagbungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. FPK ini juga bertujuan untuk mnejlaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkann kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbngan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Idea untuk mengubal FPK telah bermula pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.  Laporan itu juga mengemukakan  betapa pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusia seperti petikan berikut :
Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial ... kita berhadapan dengan pelbgai unsur dari dalam dan luar ... kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusian.
                                                                                         (Laporan Kabinet, 1979:226)
Rukunegara
Rukunegara merujuk kepada kandungan seperti berikut. Namun kebiasaanya kita hanya lafaz lima prinsip rukunegara.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
·         mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyrakatnya;
·         memelihara satu cara hidup demokratik;
·         mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
·         menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
·         membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
·         Kepercayaan Kepada Tuhan
·         Kesetian Kepada Raja dan Negara
·         Keluhuran Perlembagaan
·         Kedaulatan Undang-Undang
·         Kesopanan Dan Kesusilaan.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru disusun dan dijalanakn menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Seterusnya menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Strategi yang telah disusun dalam ekonomi baru ini adalah seperti meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera supaya dapat membentuk dan memilki 30% ekonomi dalam tahun 1990. Juga menubuhkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional dan sebagainya.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak yang terlibat dalam pendidikan.














1.1 Elemen-elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Antara contoh-contoh yang terdapat dalam FPK












Dengan berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memeperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbnag berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Menurut Choong Lean Keow dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu pendidikan suatu usaha berterusan bemaksud pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan ini juga sebagai satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga akhir hayat. Pendidikan awal bagi kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah kanak-kanak dapat dibentuk dan akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan mereka. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan berterusan ini dapat membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan zaman.
Elemen perkembangan potensi individu  pula membawa maksud setiap individu telah diberkati Tuhan dengan  bakat, potensi dan kebolehan yang ada dalam diri setiap manusia sama ada menonjol ataupun terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, diperkembangkan dan dipertingkatkan dalam diri setiap individu tersebut. Bakat, potensi dan kebolehan dalam diri setiap individu akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang kepada individu untuk memperkembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka.
Elemen FPK perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu” pula membawa erti bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan bakat, potensi dan kebolehan sebaik-baiknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Seterusnya, elemen “insan yang seimbang dan harmonis” ini penting bagi setiap individu memilikinya iaiu ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan antara kempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. Individu sebegini memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
Elemen FPK unsur intelek membawa erti seseorang individu itu mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam unsur ini juga kita perlulah sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Sealin itu, unsur intelek ini juga sesorang individu itu perlulah berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).
Elemen FPK unsur rohani ini pula seseorang indvidu itu perlulah percaya kepada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan dan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
Elemen FPK unsur emosi pula setiap insan itu perlulah mempunyai emosi yang matang dan stabil, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang dalam diri dan mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
Elemen FPK unsur jasmani setiap insan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan dalam mengembangkan bakat serta kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Individu yang menghayati FPK dari undur jasmani ini juga perlulah menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk dapat memberi manfaat kepada masyarakat. 
Elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seseorang individu itu perlulah mengakui tentang kewujudan Tuhan, mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Selain itu, setiap insan perlu sedar bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya.  Tambahan pula, insan tersebut perlulah mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
Elemen FPK rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan”. Dalam diri rakyat Malaysia perlulah ada rasa cinta kepada ilmu pengetahuan. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca di kalangan masyarakat. Setiap individu juga perlu berfikiran terbuka dan mempunyai berfikiran luas. Ciri-ciri rakyat yang berilmu ialah seperti suka membaca, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain, berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi.
Elemen FPK rakyat Malaysia yang berketerampilan”. Setiap rakyat Malaysia perlulah mempunyai kecekapan dan kompentensi diri. Berkebolehan untk menjalankan tugas dengan sempurna. Selain itu masyarakat juga perlulah berpandangan jauh dan  berinisiatif dan memupuk pembawaan diri yang baik.
Elemen FPK rakyat Malaysia yang berakhlak mulia pula akan member kesan masyarakat dengan mempunyai perwatakan diri yang baik, berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.
Seterusnya, elemen FPK rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”. Setiap rakyat perlulah boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang harus dilaksanakan dengan baik. Dalam menjalankan tugas pula perulah amanah, bersih dan cekap. Tambahan pula, ia perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan  diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Elemen FPK rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri unsur ini mengetengahkan rakayat Malaysia agar befikiran waras dan berjiwa tenang, dan mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Elemen FPK rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negaradalam usaha ini pula rakyat perlulah beruasaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat tolenrasi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Beruasaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang telah ditetap oleh negara. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.
Unsur berkeupayaan mencapai kesejahteraan diripula setiap individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental  yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku kehidupan.
Elemen terakhir iaitu sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negarasetiap rakyat Malaysia perlu menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup dan memupuk persefahaman dalam keluarga. Selain itu, kita juga perlulah mematuhi norma masyarakat dan menanamkan rasa cinta akan negara.
Kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan emngamalkan sikap telenrasi, bekerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka, FPK boleh digambarkan dalam Rajah di bawah iaitu Rajah 1.1 dengan menggunakan falsafah pendidikan berpaksikan kepada Tuhan.
 









Rajah 1.1
1.2 Implikasi FPK kepada Guru sebagai Pendidik.
Apabila seorang guru itu menghayati setiap bait-bait perkataan yang terdapat dalam FPK maka akan lahirlahseorang guru yang beriltizam bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam elemen setiap FPK. Seorang guru yang rajin menkaji dan menimbah ilmu pengetahuan yang baru ini menjadi seorang pendidik yang lebih bersedia dalam melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, kesan yang ketara juga jika seorang guru itu menghayati FPK iaitu guru tersebut akan terus berusaha untuk menjadikan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.
FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan negara serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai.
Selain itu, pendidik juga berperanan dalam merealisasikan FPK. Oleh yang demikian mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Guru juga tidak hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian. Hal ini kerana harapan terhadap generasi muda tinggi agar mereka dapat mengembangkan kemahiran dan menyumbangkan ilmu, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara.
Rumusannya, seorang guru perlulah menghayati setiap elemen yang terdapat dalam FPK agar dapat melahirkan seorang guru yang berwibawa secara tidak langsung pendidik seperti ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.











2.    FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
2.0 Pendahuluan
Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
FPG digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. FPG menerangkan bahawa jenis guru yang diperlukan di negara kita adalah seperti yang berikut:
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisipin”.
Matlamat Pendidikan Guru
Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku. Selain itu seorang guru perlulah menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk merealisasikan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21 ini.
Analisis FPG
Falsafah metafizik iaitu guru menjamin perkembangan seseorang individu dan memelihara masyarakat agar bersatu padu serta guru juga mestilah demokratik, progresif dan berdisiplin. Oleh itu, dapatlah kita lihat peranan guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik—realiti dalam bidang pendidikan.
Dari segi falsafah epistimologi pula guru perlulah berpandangan progresif dan saintifik. Seorang guru mestilah sentiasa menimbah ilmu iaitu lanjutan daripada penemuan baru dan inovasi. Oleh yang demikian jelaslah seorang guru bertanggungjawab untuk memperoleh ilmu baru agar tidak ketinggalan zaman.
Seterusnya, dalam cabang falsafah aksiologi pula guru perlu berpekerti mulia, dan boleh menjadi aspirasi kepada negara serta menyanjung warisan kebudayaan di negara kita. Jika kita lihat daripada pernyataan sebentar tadi, guru akan menjadi rol model dan teladan yang baik kepada murid-muridnya. Oleh itu, seseorang guru itu menunjukkan nilai-nilai murni kepada murid-muridnya seperti bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.
Cabang falsafah logik pula, seorang guru perlulah berpandangan progresif dan saintifik iaitu seorang guru mengamalkan penaakulan logik dalam menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran. Guru juga dikehendaki untuk meningkatkan diri secara profesional demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti guru.
Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru telah dirangka berlandaskan kepada dasar FPG dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Kemasyarakatan, penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Kendiri, penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
2.1 Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Guru.
Menurut Choong Lean Keow dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Elemen yang terkandung dalam FPG adalah seperti berpekerti mulia membawa maksud seorang guru perlulah mempunyai sahsiah yang baik agar dapat dicontohi oleh anak didik iaitu berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan lain-lain lagi.
Elemen FPG berpandangan progresif dan saintifik pula seorang guru perlulah berkembang mengikut peredaran zaman yang terkini iaitu memberi penekanan kepada sains dan teknologi serta berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional.
Seterusnya, elemen FPG bersedia menjunjung aspirasi negaraiaitu menghayati aspirasi negara yang telah disyaratkan dan berusaha menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.
Elemen FPG serta menyanjung warisan kebudayaan negara iaitu menghayati warisan kebudayaan negara yang unik dan memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Selain itu guru juga haruslah menyemai sifat patriotisme dan cinta akan negara.
Elemen FPG menjamin perkembangan individu guru berperanan dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh  iaitu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Elemen FPG memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin membawa maksud sudah menjadi tanggungjawab seorang guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru juga berperanan agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

2.2 Implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara
Seorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan terhadap masyarakat khususnya murid-murid sekolah.
Guru juga disifatkan sebagai rol model dan teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik kerana murid akan meniru tingkahlaku guru mereka di sekolah. Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkahlaku empat puluh orang murid (secara purata) yang diajarnya.
Guru juga berperanan sebagi  pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang menjadi warisan kebudayaan dan ilmu kemajuan negara pada masa akan datang.
Konklusinya, peranan guru amatlah penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, setiap insan yang bergelar guru perlulah menjadi teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat. 




3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, FPK telah dijadikan panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan kehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
FPK dan FPG ini juga saling berkait antara satu sama lain. FPK memerlukan FPG dan untuk melaksanakan FPG memerlukan ia FPK .
Falsafah Pendidikan Negara (1988)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(gabungan matlamat, Dasar-dasar dan amalan pendidikan)
Pembangunan kemanusiaan
FPG
(Jenis Guru yang dihasratkan)
Menghasilkan perkembangan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
 

No comments:

Post a Comment